Tuesday, April 5, 2011

sabo je lahhh

Tersebutlah kisah 3 orang sahabat baik iaitu BODOH, MASALAH dan SOPAN-SANTUN. Mereka selalu bersama apabila hendak kemana-mana. Pada suatu hari, MASALAH baru berkenalan dengan seorang gadis lalu mengikut gadis itu pergi entah kemana tanpa pengetahuan dua orabg rakannya. Setelah dua hari berlalu, BODOH dan SOPAN-SANTUN menyedari akan kehilangan MASALAH lalu membuat laporan polis. SOPAN-SANTUN tidak mahu masuk dan menunggu di luar sahaja. Jadi, BODOH seorang sahaja lah yang masuk membuat laporan. (Semasa di dalam balai polis...) 

BODOH : Selamat pagi, tuan. 

POLIS : Selamat pagi. Ada apa yang boleh saya tolong? 

BODOH : Saya datang hendak membuat aduan, tuan. 

POLIS : Oh...begitu. Siapa nama awak? 

BODOH : BODOH, tuan. 

POLIS : Apa ?? 

BODOH : BODOH, tuan. 

POLIS : Tolong ulang sekali lagi !! (Dengan nada marah) 

BODOH : BODOH, tuan. 

POLIS : Apa kena dengan awak ni hah?? Mana perginya sopan-santun awak? 

BODOH : Ada di luar, tuan. 

POLIS : Hish !! budak ni..!! Adakah awak datang sini untuk mencari masalah?? 

BODOH : Ya, tuan. Bagaimana tuan tahu? 

POLIS : Arrrghh !!!!!! (Bengang sambil menarik-narik rambutnya)

rupa kiamat

*Pesanan : Belajarlah menghabiskan pembacaan sehingga titik akhir. Itu ciri manusia berguna.


Gambaran Hari Kiamat

✐ Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.
✐ Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya “Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?” Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya “Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa.” Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.
✐ Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.
✐ Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut “Ajbuz Zanbi” yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.
✐ Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.
✐ Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.
✐ Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.
✐ Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.
✐ Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.
✐ Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.
✐ Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:
ⅰ- Pemimpin yang adil.
ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.
ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.
ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata “Aku takut pada Allah”.
ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).
ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.
✐ Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara “pergilah berjumpa dengan para Nabi”. Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.
✐ Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.
✐ Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga ‘Arasy itu tiba dibumi.
✐ ‘Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.
✐ Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari ‘Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.
✐ Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & ‘Atid / Kiraman Katibin.
✐ Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.
✐ Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.
✐ Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.
✐ Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.
✐ Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.
✐ Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.
✐ Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta’ala dengan Maha Bijaksana.
✐ Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.
✐ Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :
ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.
ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.
ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.
(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)
✐ Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.
✐ Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.
✐ Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.
✐ Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.
Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.
☞ Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW: ❝ Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ❞ Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :
① Sedekah/amal jariahnya.
② Doa anak²nya yang soleh.
③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.
sumber: Amar Sufi

Sunday, April 3, 2011

kenapa lelaki suka melihat tubuh wanita???

malam pasangannya siang,
jaga pasangannya tidur,
rajin pasangannya malas,
dan lelaki pasangannya perempuan.

kerana perempuan adalah
pasangan kepada lelaki,
maka Allah telah menciptakan bentuk badan wanita
itu dapat memikat hati lelaki.

bila berkata tentang terpikat,
maka ia ada hubung kait dengan nafsu.
jika ia ada hubungkait dengan nafsu,
ianya ada hubungan pula dengan syaitan.

jadi untuk mengawal nafsu,
mestilah dikawal dengan iman.
untuk mendapatkan iman mesti menurut perintah Allah
dan RasulNya serta menjauhi laranganNya.

pada mata lelak,i perempuan adalah simbol.
simbol apa, semua orang tahu.
orang lelaki mempunyai imiginasi yang nakal jika
tidak dikawal dengan iman.
maka mata lelaki ini selalu menjalar
apabila terlihat seorang perempuan.

setiap bentuk badan seorang
perempuan boleh dihayati oleh seorang lelaki
dengan berbagai2-bagai tafsiran nakal nafsu.
apabila seorang lelaki terlihat seorang perempuan
maka perkara pertama yang dilihatnya ialah rambut wanita berkenaan.
maka akan ditafsirlah berbagai2 cara oleh seorang
lelaki akan rambut wanita berkenaan.

oleh kerana itulah wanita wajib menutup rambutnya.
apabila rambut wanita itu telah ditutup,
maka mata lelaki itu akan turun ke bawah 
melihat bentuk lehernya,
maka wajiblah wanita  menutup lehernya.
maka mata lelaki itu akan turun lagi
melihat bentuk payu daranya,
makan wanita itu berkewajipanlah menutup bentuk
payu daranya dengan melabuhkan tudungnya.

setelah itu mata lelaki akan turun melihat
bentuk ramping pinggangnya,maka
labuhkan pakaian supaya tidak ternampak
bentuk pinggangnya.
maka mata lelaki itu akan melihat pula akan bentuk  punggungnya,
maka wajiblah wanita itu membesarkan pakaiannya
agar bentuk punggung tidak kelihatan.
dan lelaki itu pula akan melihat bentuk pehanya,
maka janganlah sesekali wanita itu memakai kain yang agak ketat
sehingga terlihat bentuk pehanya walaupun sedikit.

maka akan dilihat lagi oleh lelaki itu akan bntuk kakinya pula,
maka janganlah wanita itu berseluar,kerana terus terang
pihak lelaki bercakap,walaupun muslimah itu bertudung labuh,
berbaju labuh,jika beliau memakai seluar,walau nampak besar sedikit,
nafsu kami lelaki akan terusik secara spontan,
entah tak tahu kenapa.

mata lelaki ini nakal,setelah tidak ternampak
akan bentuk kakinya.
maka akan dilihatlah pula akan mata lelaki itu kepada kakinya,
maka wajiblah wanita itu menolong lelaki itu tidak berdosa,
menutup kakinya dengan melabuhkan kain,atau
memakai stokin yg warnanya jangan sesekali berwarna kulit perempuan.

maka mata lelaki itu kembali ke atas,akan 
melihat pula bentuk tangan wanita itu,
maka tolonglah wahai muslimah,
agar melabuhkan tudung menutupi bentuk tangannya
yang indah pada pandangan lelaki.

maka wahai lelaki,
janganlah kamu melihat mukanya,
kerana ia akan menimbulkan fitnah,kecuali jika
kamu wahai lelaki ingin meminangnya.
jika wanita itu cukup solehah,takut mukanya yang cantik
cantik akan menimbulkan fitnah,
maka berpurdahlah kamu,
jika itu lebih baik untuk kamu.

tetapi mata lelaki ada satu jenis lagi penyakit iaitu,
mata lelaki itu akan tertangkap dengan
spontan jika ia terlihat warna yang menyerlah atau terang,
jika ianya berada pada perempuan.

maka oleh itu wahai perempuan,tolonglah jangan memakai
pakaian yang warnanya terang2 sangat.
jika hendak pakai pun,pakailah untuk suami.
itulah wahai muslimah,jika anda semua ingin tahu
apakah dia mata lelaki itu,dan perlu diingatkan
jika semua aurat telah ditutup,jgn anggap tugas kita sudah selesai.
perlulah kita menjaga kehormatan diri masing2.
jgn keluar seorang2,keluarlah dengan mahram.
atau keluarlah sekurang2nya  3 wanita agar tidak diganggu 
gangguan luar.mata lelaki pula janganlah menjalar langsung 
kepada muslimah,walau muslimah itu
telah menutup aurat,insyaAllah selamat dunia akhirat.

seperti firman Allah "DAN TUNDUKLAH PANDANGANMU  DAN JAGALAH KEMALUANMU"
dunia sekarang telah banyak yang cacat celanya.
sehingga ketaraf seseorang yang memakai tudung 
masih beliau tidak menutup aurat, dan pada kaum lelaki,
mata kamu itu wajib tidak mencuri2 melihat wanita muslimah , kerana
ia dilarangi oleh Allah S.W.T.

ingat-ingatkanlah wahai muslimin dan muslimat,
sekilau2 berlian paling menarik untuk dicuri
seindah-indah ciptaan adalah yang paling sukar 

Wednesday, March 16, 2011

cara nk bagi fb laju

cara nak lajukan fb


Assalamualaikum ,

Memandangkan ramai dah komplain pasal facebook dah semakin slow ,
aku nak bagitahu cara nak lajukan facebook anda . Korang tak abes2
dok kate facebook nak tutup la , ape la , ini la , itu laa . Okay sambung
balik :)

Langkah-langkahnya (jeng3)

1. Pergi kat C:\Windows\System32\drivers\etc (korang paham ke ?)
mule2 pegi kat My Computer ==> Local Disk C ==> Windows
==> System32 ==> drivers ==> etc (okay , da cukup detail dahh)

2. Lepas bukak etc cari hosts , then bukak pkai notepad (ataupun bukak
notepad dulu drag kan hosts tu)

3. Lepas da bukak hosts pakai notepad , korang tambah kat bawah sekali
203.106.85.66 www.facebook.com
203.106.85.66 facebook.com

4. Save it

5. Rasailah perubahannya :)







tekan untuk pembesaran :)


Okay , aku rase korang boleh paham , Selamat Mencuba :)



xpaham...

hahaha..pe benda la..aku x paham blog2 ni..tlong ajar aku sket